Istilah
"teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad
ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor
elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain.
Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai
inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer
komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert
dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an,
penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada
tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap
generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin
kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama
menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga
masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat,
iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti
penyepaduan skal sangat besar (VLSI).
DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara
tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti
yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit
dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk
suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia
boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.

