Rangkaian Komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk
membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan
sebagainya) pertukaran fail, atau dengan kata lain untuk membolehkan
perkongsian secara elektronik.
Wujudnya
Sistem Rangkaian Komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada
penguna-penggunanya. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi
menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta
penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini
bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk
membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka. Pengguna hanya
perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya LAN Version sudah
memadai untuk semua komputer yang terdapat di dalam rangkaian tersebut
menggunakannya.
Pengguna
juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga
orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan
helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes
pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam
satu organisasi.
Selain
daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta
berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna juga boleh
bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali
sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran
rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi
serta berhubung di antara satu sama lain. Malah, penghantaran memo serta
dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya serta
kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat sudah menjadi tidak
relevan serta berguna lagi.
Sistem
Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan
yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan
faks yang mahal. Contohnya, sebuah pejabat yang mempunyai dua puluh buah
komputer, tidak perlu mendapatkan dua puluh buah mesin pencetak untuk
membolehkan mereka melakukan tugas cetakan mereka. Sebuah mesin pencetak
yang disambungkan kepada mana-mana komputer peribadi di dalam rangkaian
tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer peribadi
di dalam sitem rangkaian tersebut.
Konsep
rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja. Internet
sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya
menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh
menjalankan atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta
“halaman rerumah” (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali
boleh membacanya.
Internet
juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna amnya mencari
pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan mengenai apa-apa sahaja dari
mana-mana sudut dunia dengan hanya melayari dunia internet. Satu kelebihan
lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka
dapati di dalam jangkamasa yang singkat sahaja.
Jenis-Jenis
Rangkaian
Jenis-jenis
rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian
itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian
tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia
berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau
bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga
jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :
Rangkaian
Kawasan Setempat(Local Area Network-LAN)
Rangkaian
Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
Rangkaian
Kawasan Metropolitan(Metropolitan Network-MAN)
Rangkaian
Kawasan Setempat LAN
Terhad
kepada batasan geografi yang kecil.
Contoh
LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
Fungsi
asas LAN-
Satu
rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti
dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta
kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
Jarang
sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
Cara
pemasangan
Rangkaian
LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau
berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat
radio
Rangkaian
Kawasan Luas(WAN)
Rangkaian
WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu
kawasan geografi yang luas.
WAN
menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya
menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
Wan
berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain
didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu
menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
Rangkaian
WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian
sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global
dan antarabangsa seperti internet.
Rangkaian
Kawasan Metropolitan MAN
Rangkaian
MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
Rangkaian
MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di
sesebuah daerah.
Dengan
menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan
meluas, cepat dan berkesan.
Contoh
penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.

No comments:
Post a Comment